Feb 20
Feb 20
assalamualaikum..
at last..aku dah ada domain sendiri..suda lama aku bercadang untuk ada domain sendiri dan skrg tercapai jugak hasrat aku..ini bemakna blog aku yg sebelum ini “sabrinadimeng.blogspot.com” tidak akan d update lagi.dlm maksud yg sama akan aku delete..
pening juga proses buat blog baru aku ni..byk betul problem..oleh itu aku ingin berterima kasih kepada big bro a.k.a sifu aku “mr. Budi Hermawan” di atas pertolongan beliau..biarpun busy, dia tetap tolong aku..once again, terima kasih byk2 budi
..klu turun tawau lagi sound2..nnt aku blanja ok.. n also terima kasih kepada adik aku Rasma Dimeng kerana sudi sharing hosting dia ( nnt kita share2 la bayar)
pasni kenala rajin2 update blog cuz dah ada domain baru..insyaAllah~! so kepada pembaca2 yg sudi melawat blog aku pls drop ur comment n rajin2 la jenguk blok aku ok.. thanx again~!
Jun 03
huhuhuhu..mesti ada yg tertanya yg best sgt ngan keropok tasen ni smpai aku buat entry pasal keropok ni?? actually last monday iaitu 1st june besday kak intan @ lipan_cute..n dia mintak keropok tasen ni sbg besday present dia..biasanya dia mintak amplang tp maybe kak intan dah bosan ngan amplang jd dia pesan yg ni la plak..hehhehee..
Tasen ni di perbuat daripada ikan. rasa dia mmg sedap jd tak hairanla kan kalau org kt KL pun sanggup pesan dr sabah hhaahaha..ni mmg keropok fave aku ni.
kebetulan esok aku ngan family aku akan pegi KL utk majlis adik aku yg baru kahwin (takda la baru sgt) jd kira ole2 from tawau la..lgpun Tasen ni hanya bleh di dapati d sabah sahaja..sama gakla ngann amplang tu..tula speselnya Tasen ni…
Mar 30
Dengan kerjasama penganjur Konsert Sure Gegar @ Tawau, A.S Sdn Bhd, Tawau Bloggers Unity (TBU) melancarkan Peraduan Menang Tiket Konsert Sure Gegar @ Tawau. Tujuan peraduan ini adalah untuk mencari pemenang yang fanatik dengan band indie Hujan, Meet Uncle Hussain dan Aizat.
Bagaimanakah anda boleh membuktikan anda peminat fanatik band indie Hujan, Meet Uncle Hussain atau Aizat?
Syarat-syarat penyertaan:
Bermastatutin di Tawau
Warganegara Malaysia
Apa yang perlu anda lakukan untuk menang?
Kirimkan gambar anda (format jpg) yang membuktikan anda adalah peminat fanatik Hujan, Meet Uncle Hussain atau Aizat ke email tawaubloggers@yahoo.com Sebarang gambar dengan teknik editing akan dibatalkan.
Sertakan sekali, Nama Penuh dan No Telefon yang boleh dihubungi.
Pemenang peraduan ini akan mendapat 2 tiket percuma konsert Sure Gegar dan berpeluang berjumpa secara ekslusif untuk bergambar dan autograf bersama Hujan, Meet Uncle Hussain dan Aizat.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3hb April 2009 (Jumaat). Pemenang akan dihubungi sebelum hari konsert untuk maklumat lanjut.
Kunjungi blog Konsert Sure Gegar @ Tawau di http://konsertsuregegar.blogspot.com